03-8737 7899
SUGURETA
BIMBOBET
Kumpulan SUGURETA telah mencipta inovasi yang dikenali sebagai BIMOBET. Inovasi ini terhasil daripada cetusa idea ahli kumpulan berkaitan kesukaran menjalankan kerja-kerja kawalan dikawasan lokaliti hotspot dan wbak denggi. Kaedah PDCA yang berpandukan:
-
Planning
-
Do
-
Check
-
Action
-
Kaedah ini menjadi modus operandi kumpulan dalam memastikan segala Perancangan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dengan adanya produk BIMOBET ini, ia memberikan signifikasi yang besar kepada MPKj, orang awam dan juga kerajaan negeri Selangor kerana :
-
Penggunaanya sebagai serampang dua mata membunuh nyamuk dan larva dalam satu masa sekaligus dapat mempercepatkan kerja-kerja langkah kawalan dan seterusnya mempercepatkan penurunan bilangan kes demam denggi di Kawasan MPKj.
-
Hasil penggunaan BIMOBET dan pengurangan kes demam denggi dapat menjimatkan kos perbelanjaan perawatan kes demam denggi dan juga menjimatkan jumlah hari cuti sakit ( loss day of work ) yang kebiasaanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pesakit pulih sepenuhnya.
-
Penurunan bilangan kes demam denggi akan menaikkan imej MPKJ yang selamat untuk didiami dan akan menarik pelabur untuk meningkatkan pelaburan di Kawasan MPKJ. Dengan berkurangnya kes demam denggi, masyarakat yang lebih sihat akan menuju ke arah negara maju.