
Unit Inovasi, Kualiti & Pelaburan
Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Kajang

SELAMAT DATANG
UNIT KUALITI
mAJLIS PERBANDARAN KAJANG
UNIT KUALITI
Unit ini berfungsi untuk melaksanakan program-program,bengkel, audit dan mesyuarat berkaitan pengurusan kualiti di Majlis Perbandaran Kajang.
AKTIVITI - AKTIVITI
-
Menyelaras dan mengurusetiakan mensyuarat berkaitan kualiti mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti dan Inovasi.
-
Menyelaras dan mengurusetiakan pelaksanaan audit dalaman kualiti seperti Audit Dalaman QMS/ISMS/JKK/APPC/ STAR RATING/CGSO.
-
Mengurusetiakan bengkel/program berkaitan kualiti di Majlis Perbandaran Kajang.
-
Mengurusetia bagi pengauditan bagi pihak SIRIM/KPKT/MPC.
-
Mengurusetia bagi Program Sasaran Kerja Tahunan (SKT) MPKj / Bengkel Pelan Strategik (BPS).
BERKAITAN
UNIT KUALITI
AUDIT CGSO
Memastikan semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menentukan dasar keselamatan perlindungan dilaksanakan dengan sempurna.
AUDIT PPAT
Memastikan semua aktiviti yang terlibat dengan pengurusan projek di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan / Agensi Pelaksana Projek diaudit mengikut perancangan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan mengenai Belanja Mengurus Jabatan Kerajaan Tempatan dilaksanakan dengan cekap dan efisen serta memenuhi tatacara perolehan dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa
AUDIT QMS
Audit bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) merupakan satu alat kualiti bagi membantu organisasi untuk meningkatkan pencapaian kualiti. Audit dijalankan bagi memeriksa, mengekal dan meningkat pelaksanaan QMS.
AUDIT I-SMS
Memastikan tahap pengurusan keselamatan maklumat mengikut piawaian antarabangsa. Membudayakan pemakaian peraturan dan polisi jabatan sediada, Releven dengan keperluan semasa I-SMS. Memastikan keselamatan maklumat yang dirancang agar terlaksana, sentiasa berterusan, dikemaskini, dinilai semula terhadap kawalan keselamatan yang digunakan agar lebih sistematik dan terpelihara.
PIAGAM PELANGGAN
Pernyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.
PELAN PENGURUSAN RISIKO
Pelan Pengurusan Risiko ini meliputi proses mengenalpasti risiko serta menganalisa kesan dan akibat sekiranya sesuatu risiko itu terjadi dan justeru itu merancang tindakan-tindakan kawalan, tindakan alternatif dan penambahbaikan dalam mengawal risiko tersebut daripada terus mengakibatkan kesan yang buruk. Pelan ini dijangka dapat menghadapi cabaran dalaman dan luaran organisasi dalam segala urusan.
PELAN STRATEGIK
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan halatuju, pengenalpastian isu-isu strategik serta penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan.
AUDIT JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN
Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
AUDIT PENARAFAN BINTANG
Memantau pelaksanaan dasar-dasar yang dirancang dan dilaksanakan di peringkat jabatan, agensi dan bahagian selaras dengan visi, misi dan matlamat kementerian.
GALERI
UNIT KUALITI
Tarikh
3 Sept 2019
6 Sept 2019
23 - 27 Sept 2019
3 Oktober 2019
6 - 8 November 2019
12 - 13 Disember 2019
13 Februari 2020
19 - 21 Februari 2020
2 - 4 Mac 2020
26 Mac 2020
13 - 17 April 2020
1 - 3 Julai 2020
10 - 14 Ogos 2020
24 September 2020
1 Oktober 2020
Aktiviti
Lawatan 5S Ke Universiti Kebangsaan Malaysia
Kuiz 5S Dalaman
Audit Dalam Myportfolio
Audit 5S
Audit Pemantauan SIRIM
Audit Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC)
Kursus Kaizen 5S Siri 1
Kursus Ketua Zon 5S
Kursus Audit 5S
Lawatan 5S Siri 1
Audit Dalam 5S Siri 1
Kursus Pemantapan & Jati Diri 5S
Audit Dalam 5S Siri 2
Pre Audit Pensijilan 5S
Audit Pensijilan 5S